assalamualaikum..
lama sangat dah aku tak update blog ni. bukan sebab aku malas, tapi sebab banyak sangat benda yg telah berlaku kebelangan ini.. aku rasa tajuk diatas adalah SANGAT bersesuaian dengan kehidupan sekarang ini..
ada beberapa cerita yang aku ingin kongsikan .. semuanya pun berkenaan dengan tajuk HILANG..
CERITA PERTAMA
cerita pertama, aku telah pun ke
HILANGan dua orang yang aku rasakan amat penting dalam dunia ku juga.. hilang ini bermaksud mereka telah kembali ke tempat asal mereka yakni , Negara Thailand .. dua orang yg tiba-tiba muncul dalam kehidupan aku, dan tiba-tiba je pergi cam gitu je..
ok, pada hari pertama aku hidup tanpa dua orang ni, terus terang cakap aku jadi
SANGAT SUNYI.... aku rasa hidup aku jadi macam
GILA dah.. sebab aku terlalu rapat dengan dua ni.. uhh.. dugaan Allah..
pada permulaan perkenalan kami, aku kenal dengan diorang pada hari pernikahan
NOR.. member aku yg kerja sekali dulu.. petang tu aku diorang datang letak beg kat ofis dan keluar dengan sedara diorang , oh ya, aku lupa nak kenalkan nama dua orang ni, seorang nama
Nurizan atau kami di sini panggil dia
Kak Cik, seorang lagi nama
Norhafiza atau kami panggil dia
Nor.. Kan betul ,
Allah tu Maha Adil.. dua orang kawan aku keluar dari hidup aku, dan Allah telah ganti kan
Dua orang .. sampaikan seorang tu nama dia sama macam yg
TERDAHULU...dan dengan kehadiran dua insan ni, banyak membuat hidup aku lebih bercahaya, lebih bermakna, lebih banyak kenangan manis dari yang pahit.. dan yang paling penting , dua insan ni banyak mengisi hari-hari lapang aku, setiap hari..
KAK CIK... seorang yg amat
ceria , dan amat
sensitif orang nya ..hahaha.. banyak kali juga dia ni menagis depan aku.. mudah terasa dengan kata-kata .. tapi dia seorang yg gila-gila..(teringat perkataan gila-gila ni , dia pernah marah sebab dia ingat orang kata kat dia Gila.. hahaha..) selalu nak enjoy, happy-happy, and always nak makan-makan.. hahaha.. but sometimes, kalau dia buat perangai, hmmm.. ada 4-5 hari tak bercakap dgn aku.. lau dia senyap tu , adalah benda yg dia tak suka .. tapi dia suka bagitau semua masalah dia kat aku.. banyak juga benda yg aku tau tentang dia.. dan dia pernah cakap kat aku yg aku ni antara orang yg dia boleh cerita semua masalah dia.. satu lagi perangai
CIK NURIZAN ni, lebih kurang sama dengan perangai aku masa dulu.. sama sangat2.. tu yg aku mudah paham dia ni.. hahaha... dia antara org yg selalu bertanya sesuatu dgn aku .. tak kira lah tentang kerja ke, tentang makan ke, apa ke.. dan satu kelebihan dia , dia sangat peramah.. i mean
SANGAT PERAMAH... memang seorang yg sangat suka bercakap .. dan kalau satu hari dia tidak bercakap, mesti ada masalah lah tu.. mesti bad mood punya lah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NorHafiza binti Said.. seorang lagi yang tiba - tiba muncul dalam hidup aku.. dia ni aku describe kan sebagai seorang yg payah nak baca jiwa dia.. hahaha.. entah, aku pun susah nak kata macam mana dengan dia ni... tapi eorng yg au rasa paling banyak berama aku.. hari pertama dia masuk ke syarikat aku berkerja , dia ditugaskan untuk duduk bawah aku.. aku ada pernah tanya dia dulu "mula-mula masuk dulu, Nor nampak Abe (bahasa kan diri aku lah tu) macam mana ? " dia jawab, " Masa mula-mula dulu, Nor dengan Kak Cik pakat tak mau nak duk dengan Abe.. Sebab muka Abe sangat menakutkan.. Garang semacam .. pastu Kak Cik kata kat Nor, tolong lah , dia tak mau duduk dengan Abe.. Nor terpaksa gagah kan diri untuk duduk dengan abe.. (haha.. ayat tak boleh blah betul) .. pastu aku tanya balik, "lepas duk dengan abe, ada kah abe mu ini menakutkan? " , hahaha.. lepas tu diorang selalu berebut nak duduk bawah ..
Nor.. seorang yang lemah lembut percakapan dia, berfikir jauh , dan yang paling aku suka tentang dia ni, Nor ni pandai pujuk aku .. hahaha.. time aku tengah stress kerja dia mesti hantar message dalam facebook ke handphone ke, apa ke , mesti suruh aku relax.. senyum sikit ke ape ke.. minta maaf ke.. (tahun lepas kan aku stress sangat2 .. migrain sampai rasa nak mati .. hahaha.. )
seorang yg selalu bertanya sesuatu pada aku.. tak kira lah apa pun.. semua dia nak tahu..
dia juga orang yang terakhir duduk dengan aku.. orang yg mula-mula duk dgn aku adalah dia , dan terakhir duduk dgn aku pun adalah dia..
kesimpulan : dua-dua ni sangat berbeza perangai, attitude, dan yang paling penting, dua -dua ada banyak kenangan bersama aku.. entah .. sampai sekarang aku masih rindu kat dua orang ni.. susah nak terima hakikat lagi yang dia orang dah pergi dari hidup aku.. walaupun masih berhubung dalam facebook , tapi dah sama seperti dulu lagi.. Mama aku pernah pesan , bukan pernah ah, selalu..
" jangan terlalu baik sangat dengan orang.. sebab satu hari takut kita akan berpisah, jadi merana.." dah merana dah ni mama.. hahaha... adui lah.. biarlah asalkan diorang bahagia dengan kehidupan diorang sekarang ni.. aku sentiasa mendoakan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat nanti , dengan atau tanpa aku....
aminnn....
peace be upon to you..