Tuesday, February 7, 2012

tujuh haribulan dua dua kosong satu dua

assalammualaikum..

kebelakangan ini, aku sentiasa di himpit masalah, ditimpa secara bertubi-tubi pulak tu, sampaikan sakit kepala yang melampau batas masih aku dapat tahan. Tapi , dengan izin Allah, aku dapat kawal diri agar sentiasa dalam keadaan ok .. walaupun pahit, walaupun pedih, dan walaupun sakit, aku terpaksa buat -buat supaya aku sentiasa nampak gembira.. dan , aku ada terbaca satu artikel dalam satu laman blog, "jika kita ditimpa masalah, cuba cari sesuatu yang boleh kita lupa akan sengsara itu.. " dan aku pun ikut apa yang dikatakan, aku perbanyakkan ibadah, aku cuba bermain dengan budak-budak, gi shoot gambar, main gitar sampai nak pekak telinga aku... semua itu aku buat untuk leraikan kesusutan ..

dalam segala kekusutan itu, aku cuba gagah kan diri , untuk buat diri aku lebih bermakna .. maksud aku untuk hidup gembira dan lupakan segala masalah yang melanda.. dan banyak juga aku buat aktiviti untuk LUPAKAN  segala masalah.. salah satu nya ialah, menonton Anugerah Juara Lagu ke 26 bersama -sama.. siap pasang Projector dan Sound System .. hahaha.. ada makanan ringan.. tapi, yang pelik nya, semua nya POPIAH.. entah , kebetulan ke hape, ke HARI POPIAH SEDUNIA.. aku pun tak tahu.. huhu..

antara gambar yang aku sempat snap..
masa untuk goreng popiah.. dan sorang tukang rasa yang di upah khas.. bab try makanan bagi kat dia.. haha..


Chik dengan Hardif


sementara tunggu iklan habis , kita makan dulu ..!!

PEACEE!!!


yea..yea.. Cheryl !!


makan sekali lagi..!! popiah !!


peace lagi !!

pose terakhir sebelum kemas balik!! 

apa apa pun , semua ni aku buat untuk buang rasa yang tak best dalam hati aku.. aku cuba menjadi seorang yang nampak gembira, riang, tapi susah nak buat .. percaya lah, orang akan nampak..  tapi aku akan selalu berpura-pura untuk buat aku kelihatan gembira , di depan mereka selagi semua nya tidak selesai.. dah selesai, buat apa aku nak berpura-pura lagi.. yeahh...






No comments:

Post a Comment