Friday, February 15, 2013

nota kedua untuk awak..

assalamualaikum..

saya sendiri tak tahu kenapa saya perlu tulis nota ini.. mungkin sebab saya tak dapat nak cakap pada awak sendiri .. tapi saya juga harap, awak tak baca nota ini.. tapi, biar saya malu hanya sekali,dan pada kali ini, dari pada menyesal seumur hidup saya..

ok, saya sebenarnya x pandai nak tulis ayat2 yang catik, yang bunga2, yang romantik.. saya tak pandai semua itu.. saya seorang yang kasar, bercakap kasar.. gerak geri pun kasar.. tapi, itu lah saya.. itu diri saya.. saya tak pandai nak jadi seperti orang yang awak suka tu.. saya x mampu jadi seperti dia.. saya x mampu, walau di beri peluang untuk jadi seperti dia yang awak suka, yang awak tunggu .. saya xkan jadi seperti dia..

ok, untuk pengetahuan awak,
setelah lama , saya cuba untuk lari dari perasaan ini, dah hampir sepuluh tahun saya tak pernah nak kongsi sesuatu pada sesiapa, tapi, kali ini, bila saya jumpa awak kali pertama , saya rasa macam ada sesuatu pada awak.. kali pertama kita berjumpa, saya terus terang cakap, saya macam tetarik pada awak.. meskipun kita tak pernah kenal selama ini.. entah , rasa itu hadir dengan tiba2.. Ya Allah.. aku berterima kasih pada mu , Ya Allah..

kita kenal, kita berjumpa, kita bersama , banyak benda kita buat .. semua nya membuat hidup saya gembira.. bercahaya.. tapi, saya rasa macam amat sakit bila awak bercerita DIA yang awak tunggu, DIA yang awak rindu, DIA yang amat Suka.. terlalu sakit .. tapi , saya masih cuba bertahan.. ikhlas untuk bertahan..untuk cuba bersaing .. tapi semakin hari , semakin saya rasa awak terlalu mahukan dia..

saya amat sakit hati bila awak post sesuatu tentang "RINDU"  , sebab saya rasa Perkataan RINDU itu bukan untuk saya.. untuk dia kan?

saya amat sakit hati bila awak nyanyi lagu yang pernah awak katakan , lagu ini awak tujukan untuk dia... awak tak tahu betapa sakit nya hati saya pada masa itu?

saya amat sakit hati bila awak nyanyi lagu yang saya ingat saya boleh gembira kan awak bila saya mainkan gitar lagu itu untuk awak, tapi awak kata , lirik lagu itu untuk dia...

saya amat sakit hati bila awak tulis sesuatu tentang "CINTA" , kerana , saya rasa, perkataan itu bukan untuk saya..

tapi, saya faham, tak boleh nak paksa seseorang untuk mencintai seseorang.. saya hanya mampu berdoa.. berdoa .. dan berdoa.. serta berserah pada Allah.. moga Allah kabulkan doa saya.. dan moga saya adalah DIA..  amin...



No comments:

Post a Comment