assalamualaikum..
salam Ramadhan.. haa... Bulan Ramadhan dah.. baru beberapa hari aku start berpuasa.. oh ya, dah lama dah aku tak menulis..
~kenapa? boring dah ke? atau malas??
bukan..
1. aku kurang sihat .. aku dah dapat penyakit baru selain migrain pulak.. gastrik tahap susah mau bernafas.. kena berpantang makan.. aduii..
2. aku dah happy dgn keadaan sekarang ni..
~hepi?? macam mana punya hepi tu? hari tu gila duk menulis perkara yg sedih.. layan jiwa lara.. duk mendayu-dayu.. ish.. tak paham aku..
heheh.. pasal kes tu? aku dah serah kan kepada Allah sepenuhnya.. dan aku nampak apa yg aku dapat.. aku nampak aku suka tgk dia happy.. dan aku pun jadi happy dgn cara macam tu.. lagi satu, aku dgn dia pun dah rapat seperti dulu.. Alhamdullilah, Allah kabulkan Doa aku... sekejap ja.. kalau kita sabar, berserah semua nya kepada Allah, Allah pun buat apa yg terbaik utk aku dgn dia.. cukup lah tu... kan? nak apa lagi? dan, aku pun masih jadi "Penjaga Rahsia" dia.. walaupun dalam rahsia.. walaupun dia tak tahu .. asalkan dia sentiasa bahagia, sentiasa gelak ketawa, sentiasa ceria, for me, it's more than enough... amin..
oh ya, aku pula, ada satu story lagi, cerita tentang seseorang yg baru mampir dalam hidup aku tiba-tiba juga.. dia ni aku kenal dah dekat setahun dah , bulan puasa tahun lepas aku start berkenalan dgn dia.. pastu jumpa pun hanya beberapa kali ja.. tu pun bukan aku pi jumpa berdua-duaan dgn dia.. dia ni aku tgk selalu terkena dgn semua teman lelaki dia.. semua lelaki tu nak perguna dia ja... dan dia ni aku baca , seorang yg jenis mudah.. tak pikir banyak kali .. kira jadi lah.. dia cantik, duit pun ada.. kira yg dapat dia , untung lah..haha..
tapi aku ni plk jenis suka berlawak ja.. suka-suka kacau dia.. dan aku ni jenis yg tak pandai nak ngorat.. tak pernah lagi aku ni start nak ngorat awek .. fine, aku ni jenis pemalu, tak suka di malukan serta tak mahu memalukan orang lain.. dan dah lama , dan banyak kali juga aku duk kata secara gurau-gurauan "ish, lau lah dia jadi awek aku.. " , "kekasih gelap aku..", dan "blaa.. blaa..blaa.. apa lagi ".. dan aku nampak member aku, yg sepasang laki bini selalu bagi line kat aku utk ngorat dia.. oh ya, budak pompuan tu dulu kerja sekali dgn bini member aku nih.. pastu , budak pompuan tu selalu minta tolong apa-apa pun dgn si bini member aku ni.. aku ni ibarat menumpang je la.. hehe..
budak pompuan ni ok, sangat ok.. cukup lengkap pakej.. memang lau nak katakan tu , memenuhi hampir separuh kriteria ciri gadis yg aku nak buat bini.. tapi... ada tapi..... aku rasa aku TAK sepadan dgn dia.. buat malu muka ja.. hahaha.. bukan mengalah awal.. cuma aku rasa dia berhak utk dapatkan yg lebih baik dari aku.. itu ja.. semua dia lebih dari aku .. aku ada apa ?? haha..
ok , lahh.. sampai kat sini dulu..
assalamualaikum.. salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa

No comments:
Post a Comment