Thursday, December 29, 2011

my.today

Asssalamualikum.. its been long time i didn't enter in here.. too busy actually.. no time to get throw my self in here.. yeahh .. soo  many thing happens lately.. and i can'handle my self anymore.. so much happiness, but in term to gain happiness, you have to gain pain first.. mostly , my story will end with SAD .. adui.. what to do.. just  follow the stream...  ok, aku mula bercerita tentang kehidupan aku yang terdahulu.. banyak sangat yang berlaku , tapi kebanyakkan nya yang Pedih-Pedih je.. haha.. but , hey, ini Ritz lah.. aku takkan susah kalau orang lain cuba buat aku susah.. aku akan lawan habis-habisan punya..


oh ya , Pak Lah , kawan aku yang aku pernah cerita dalam entri aku yang lepas, telah pun berenti kerja.. tak apa lah, aku pun suka dia berenti kerja, sebab banyak perkara.. satu, dia terlalu mudah di suruh oleh orang lain, ke-2 , dia pun tengah cari kerja lain untuk simpan duit nak kawin .. hahaa.. Pak Lah pun dah nak kahwin.. Alhamdullillah.. syukran.. semalam aku ada call dia , tanya dia macam mana kehidupan sekarang ni? dia cakap ok , je.. cuma duit nak kawin masih tak cukup.. aku tanya dia , Berapa lagi tak cukup? " lagi Rm 200.00 lagi.. pergh .. budak ni.. memang lurus bendul.. hahaha.. jawab straight je.. ok lah tu Lah.. Kawin cepat-cepat..


and one more person dah keluar dari kehidupan aku .. NOR.. dia pun dah berenti kerja.. first reason, nak sambung belajar.. n other reason, getting married.. haha.. Nor ni, adalah seorang yang sangat rapat dengan aku masa time kerja.. banyak benda yang dia mesti akan cari aku dan bincang sekali.. sampaikan Laki dia ajak dia kawin awal pun , dia ada tanya aku.. too much interesting thing happens between me and her.. but , semua tu hanya sebentar sahaja.. tak pa lah, demi kebahagiaan dia, aku selalu doakan kau sentiasa bahagia... semoga kau jadi wanita paling bahagia .. aku ada hadiahkan satu buku tu masa last sekali aku jumpa dia.. tajuk buku tu ," JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA".. aminn.... aku pun terus jadi putus dengan dia .. and dia telah pun berkahwin .. alhamdullillah.. masa last -last dia kerja kat sini, masa tu sama-sama minat dengan lagu Dan Bila Esok.. sebab tu aku jadi terfikir kat dia je bila dengar lagu tu.. dan pada hari terakhir, dia cakap kat aku tak nak duk lama-lama , cakap dengan aku , takut nangis... haha.. sedih jugak lah.. sebab, dah hampir 8 bulan dari pagi ke petang aku asyik bersama dia.. berbincang bersama-sama dia.. tiba-tiba, dia tiada... tapi tak pa... moga dia bersama suami sentiasa bahagia dan dilindungi Allah dari segala bencana..


and when dua orang ni hilang dari hidup ku, Allah ganti kan aku dengan dua orang yang bagi aku , cukup menceriakan hidup ku.. dua-dua ni datang dari negara Thai .. dia orang datang pratikal kat tempat aku.. seorang tu nama kak chik, dan seorang tu nama Nor.. dan yang paling best nama dia sama dengan Nor yang terdahulu.. cuma binti je lain.. huhu.. diorang cukup baik dan alhamdullillah, aku sangat terhibur dengan diorang.. tambahan diorang tak malu - malu bercakap dengan aku.. aku je banyak malu.. hahaha.. ok lah tu.. banyak jugalah perkara kami buat perkara bersama-sama.. sampai dah rasa macam kita orang kenal dah terlalu lama dah.. baru kenal 2 bulan je.. dah macam bertahun je rasa.. diorang pratikal kat sini selama 3 bulan.. 15 hari bulan februari 2012, diorang akan tiada .. aku dah dapat rasakan.. rasakan kehilangan dah.. tapi aku rasa , aku pun tak lama kat sini.. i mean kerja kat sini.. aku nak cari gaji yang lebih sikit.. aku ada impian aku sendiri.. aku ada harapan aku sendiri..


satu lagi, masa harijadi nor, aku ada beli hamster seekor untuk dia, dia dah ada seekor dah, cuma aku cakap beli lah seekor lagi untuk dia berkawan.. hamster nor yang asal nama MUMUT.. dana yang aku belikan tu aku buh nama Rocky.. diorang macam tak ngam je.. yang si Rocky ni besar dan aku agak diorang ni berlainan spesis kut.. Nor asyik mengadu kat aku Rocky ni asyik kacau si Mumut .. aku pun cakap diorang "mungkin tak kenal lagi kut.. lama -lama dia ok lah tu.. " lepas pada tu aku fikir nak beli kan tempat hamster yang lebih besar sikit dari sekarang, lepas aku balik dari outstation di kedah ni.. oh ya, diorang semua pun ada datang ke kedah bersama-sama aku, semua satu ofis pun datang ke negeri kedah .. sebab ofis kami ada buat satu majlis jamuan makan malam di salah satu hotel di kedah.. lepas balik dari kedah, Nor balik bilik dia , tengok si Mumut tu mati..  dia ada cakap dengan aku ,aku terpikir mungkin si Rocky tu buat si Mumut tu mati, sebab makanan, air semua cukup..  terus aku rasa bersalah sangat, sangat, sangat, sangat, sangat, .. adui.. aku tau, yang Nor tu AMAT sayang pada MUMUT dia.. sakit kepala.. sakit kepala.. sakit kepala.. terasa macam nak ganti balik, tapi aku takut Nor dah tawar hati dah dengan si Rocky ni.. apa yang perlu aku buat?? hmm?? hmm??


itu lah sebahagian dari hidup aku kebelakangan ini.. hahaha.. sampai di sini dulu.. salamtullahi..

No comments:

Post a Comment