Thursday, January 6, 2011

Tentang Nak kena Dengar Ke Tidak Kata Orang??

Assalamualaikum..
Salam sejahtera.. Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang nak dengar ke tidak kata orang?? .. Apa sebenarnya maksud aku ni? What's the mean by that?? Begini, kehidupan sekeliling kita ni, ada bermacam- macam orang, ada yang baik, ikhlas dalam segi, menasihati orang lain, dan tak lupa juga yang menasihati kita dalam erti kata, tak minat dengan apa yang kita buat itu. Dan sebenarnya, dalam hati dia,"ish.. kalau lah aku yang buat cam dia tu..".. Dia akan cakap tak betul apa yang kita buat tu. Kritik dengan cara Dengki.. bukan untuk buat kita lagi berjaya, malah "condemn" kita .. Tapi macam mana kaita dapat mengenal pasti yang mana satu yang "baik" yang mana satu yang "buruk"?? Terpulang pada kita untuk menilainya..
Oh, ya, aku ada satu cerita teladan yang aku dengar dari Seorang Ustaz Yang amat aku kagumi, dan dia adalah one's of my idol..

Kisah Budak Lelaki, Bapanya, dan Seekor Keldai

Kisah ni berlaku di zaman dulu, ada seorang lelaki, berumur lebih kurang 50 an, hendak mengajar anak lelaki nya, yang berumur lebih kurang 10 tahun tentang selok-belok perniagaan. Lelaki itu  hendak berniaga tempat yang agak jauh perjalanannya. Sebelum mereka memulakan perjalanan, mereka mengisi barang ke atas keldai, dan mereka pun memulakan perjalanan. Mereka berdua berjalan sambil menarik keldai itu.

Sampai di sebuah kampung , ada seseorang mengur mereka, " Eh, kenapa pula biarkan budak kecil tu berjalan kaki, kesian budak tu..", kata seorang penduduk di salah sebuah kampung yang mereka lalui. Lelaki itu pun berfikir betul juga. Lalu dia pun mengangkat anaknya dan meletak di atas keldai itu. Selepas itu, mereka pun meneruskan perjalanan lagi.

Sampai di sebuah kampung , mereka pun berjumpa dengan seseorang lagi, orang itu pun menegurnya, "Eh, kenapa pula si bapa yang tua pula yang berjalan ? Kenapa tak suruh si anak tu yang berjalan? budak tu kan masih muda, tenaga pun masih  banyak berbanding bapanya yang sudah berumur. Si bapa pun berfikir sebentar, "betul juga", kata lelaki tu. Dia pun menyuruh anak lelaki nya berjalan dan dia menunggang keldai itu pula.

Sampai pula di sebuah lagi tempat persinggahan, ada seorang lagi menegur mereka, "Eh, kenapa biarkan si anak kecil tu berjalan kaki, sedangkan dia boleh menunggang sekali dengan bapanya". Betul, juga', kata lelaki itu. Dia pun mengangkat anak lelaki nya untu k menunggang sekali dengan dia.

Sampai di sebuah kampung persinggahan yang lain, mereka pun di tegur oleh seseorang yang lain, "kenapa lah mereka berdua boleh menunggang keldai tu dengan barangan pun banyak , kesian pada keldai tu.." lelaki itu pun dengan perasaan marah, menyuruh anak lelaki nya turun, dan mereka berdua pun pikul si keldai tu pula..


Hahaha..  kesimpulan cerita ni, boleh paham tak? cerita ni menggambarkan, sampai bila pun kalau kita duk dengar kata orang, sampai bila pun kita takkan habis atau sampai kehujungnya.. Kita, Tuhan dah beri akal, fikiran, fikirkanlah dengan baik..

ok, setakat ini saja lah.. assalamualaikum

\m/-_-\m/
ritz@emmertriz

No comments:

Post a Comment